Monday, April 1, 2013

Booking.com

Assalamualaikum semua, Kali ini saya ingin berkongsi salah satu medium yang saya selalu guna untuk menempah hotel apabila saya dan keluarga nak travel ke sesuatu destinasi. Sebagai contoh, kalau ke Kuala Lumpur untuk bawa anak-anak jalan-jalan, shopping dsbgnya, saya dan suami suka book hotel thru Booking.com. Begitu juga apabila pulang ke kampung suami di Kota Bharu, sekiranya bilik kat rumah mertua fully booked dek anak-anak yang merantau punlang ke desa...hehehehe saya dan suami akan log in Booking.com untuk menempah bilik hotel untuk kami menginap. Kenapa Booking.com? Ada beberapa sebab kenapa saya suka guna Booking.com apabila nak menempah hotel. 1) Worldwide medium yang digunakan oleh semua orang di seluruh dunia. 2) Rate lebih murah berbanding kita call direct hotel untuk tempah bilik. 3) Kadang-kadang apabila call direct hotel untuk tempah bilik especially masa peak sesaon mcm cuti sekolah atau hari-hari perayaan selalunya pihak hotel akan jawab "all rooms are fully booked". So option yang ada sebagai alternatifnya ialah buat tempahan hotel thru Booking.com. 4) Customer friendly website. 5) Lebih banyak pilihan hotel. 6) Dapat tengok rating yang diberi oleh pelanggan-pelanggan yang menginap di sesebuah hotel. So sedikit sebanyak kita bolehlah jadikan sebagai panduan semasa kita nak pilih hotel tu. So, kepada kawan2 yang suka melancong atau membawa keluarga berjalan-jalan di luar kawasan kediaman anda atau ke luar kawasan atas urusan bisnes dan sbgnya, jom cuba book hotel kat Booking.com seterusnya nikmati kadar harga bilik yang lebih rendah.

2 comments:

  1. Tqvm. Please feel free to book your hotel through the link given.

    ReplyDelete