Thursday, March 28, 2013

COACH HANDBAGS

Assalamualaikum frens,
 
Jom tgk handbag coach dari butiknya di US ni...tersangat laa comeyy nye n harga nya tersangat laa reasonable. So, apa lagi? Grab laa satu untuk raya nanti....hurmmm  jgn lupa pm ya!



 

GUCCI HANDBAGS

Assalamualaikum frens,

Ni nak share ngan uols a few Gucci Handbags yg tgh ON SALE skrg kat US.  Rege nya mak aiiii tersangat laaa boeh tahan...huhu (sah2 I x mampu nak beli u!).  Btw, jemputlah tengok2 yer kot2 ada yang berkenan di hati.  Sape2 yang interested, pls do pm me ok! ^..^

Wassalam.


Cerita Kedai Makan...

Assalamualaikum wbt.

Masuk yang ni dah 3 entries saya posted kat blog saya hari ni....huhu. Biasalah baru2 ni gak excitement memang terlebih laaa.....semua benda nak tulis orkkk...

Actually entry kali ni bukan pasal bisnes hokayy,,,tp saya divert sikit...saya nak citer pasal cerita kat kedai makan ptg tadi..

Lepas balik ofis n ambil baby kat umah babysitter, saya bersama suami n ank2 pergi makan kat sebuah kedai makan tak jauh dari rmh parent saya.  Masa tengah makan tu datanglah satu family ni duduk kat meja sebelah meja kami.  Family tu pun bawa baby yang lebih kurang sebaya dengan baby saya, Afham Syamil. Nampak mcm baby girl, comel laa pulok. Kat atas meja makan dorang ada botol susu Philip Avents penuh lagi dengan susu, mungkin mak baby tu standby siap2 kot2 anak dia nangis nak susu masa dia tengah makan nanti.

Di dalam kereta, saya cakap kat my hubby "kesian kan bang, baby tu tak dapat hak dia sebagai seorang anak!" Mr. Hubby sambil berkerut dahinya tanya balik kat saya kenapa pulak mcm tuh? Saya jelaskan pada Mr. Hubby bahawa budak tu sepatutnya diberi susu ibu bukan susu lembu. Mungkin mak baby tu tak tahu atau tahu tapi tak kisah kot betapa penting dan besarnya khasiat memberi bayinya susu ibu. 

Sepatutnya zaman serba canggih ni info hanya dihujung jari kita, and mak2 pun kena lah mencanggihkan diri jugak, update pasal hal-hal berkaitan dengan anak2...Do's & Don't's.

Semua ibu kena ingat ye...anak adalah amanah Allah kepada kita, so ibu-ibu kena pastikan ibu-ibu buat yang terbaik dalam menjaga amanah Allah ini spy nanti ibu-ibu tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Wallahualam.

Kenapa "Jual Blakerrrr"?

Assalamualaikum wbt.

Pertama kali saya cuba untuk create blog sendiri,, jenuh jugok nok fikirkan the best name utk blog saya ni,,,but Alhamdulillah, finally I got it.....

Kenapa saya pilih nama tuh?
Hurmmm....ada beberapa sebab. Yang pertama, saya nak nama blog saya senang orang ingat n sebut. Kedua, Ia sesuai dengan aktiviti yang saya buat dalam blog saya ni, iaitu menjual pelbagai jenis barang - corelle, handbags, barang baby, food n etc.   Huhhh,,,,byk nyer saya nak jual....hahahaha. 


Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt.

Blog ini saya create sebagai satu platform untuk saya mempromosi seterusnya menjual barang-barang yang saya sendiri suka guna & membelinya...hehehe, dan kalau boleh saya nak share ngan kwn2 semua supaya mana-mana yang interested boleh beli melalui blog saya ni.

Antara barang-barang yang dijual adalah corelle, handbags-coach, gucci n lain2 original dari US, barang-barang baby (sebab saya pun beli untuk baby saya..huhu), kain sutera, kain cotton, makanan spt tart nangka, pelbagai kek dan lain-lain lagi yang akan saya kongsikan dengan kwn2 dari masa ke masa.

Selain itu, saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai satu medium untuk saya berkomunikasi dengan kwn2 serta kenalan baru mengenai pelbagai topik yang In Shaa Allah dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita semua.

Saya berharap blog ini mendapat sokongan dari kwn2 semua.

Sekian, Wassalam.