Thursday, March 28, 2013

Cerita Kedai Makan...

Assalamualaikum wbt.

Masuk yang ni dah 3 entries saya posted kat blog saya hari ni....huhu. Biasalah baru2 ni gak excitement memang terlebih laaa.....semua benda nak tulis orkkk...

Actually entry kali ni bukan pasal bisnes hokayy,,,tp saya divert sikit...saya nak citer pasal cerita kat kedai makan ptg tadi..

Lepas balik ofis n ambil baby kat umah babysitter, saya bersama suami n ank2 pergi makan kat sebuah kedai makan tak jauh dari rmh parent saya.  Masa tengah makan tu datanglah satu family ni duduk kat meja sebelah meja kami.  Family tu pun bawa baby yang lebih kurang sebaya dengan baby saya, Afham Syamil. Nampak mcm baby girl, comel laa pulok. Kat atas meja makan dorang ada botol susu Philip Avents penuh lagi dengan susu, mungkin mak baby tu standby siap2 kot2 anak dia nangis nak susu masa dia tengah makan nanti.

Di dalam kereta, saya cakap kat my hubby "kesian kan bang, baby tu tak dapat hak dia sebagai seorang anak!" Mr. Hubby sambil berkerut dahinya tanya balik kat saya kenapa pulak mcm tuh? Saya jelaskan pada Mr. Hubby bahawa budak tu sepatutnya diberi susu ibu bukan susu lembu. Mungkin mak baby tu tak tahu atau tahu tapi tak kisah kot betapa penting dan besarnya khasiat memberi bayinya susu ibu. 

Sepatutnya zaman serba canggih ni info hanya dihujung jari kita, and mak2 pun kena lah mencanggihkan diri jugak, update pasal hal-hal berkaitan dengan anak2...Do's & Don't's.

Semua ibu kena ingat ye...anak adalah amanah Allah kepada kita, so ibu-ibu kena pastikan ibu-ibu buat yang terbaik dalam menjaga amanah Allah ini spy nanti ibu-ibu tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment